1-JASMIN HOTEL

Terletak di jalan utama Bandar Brinchang, Cameron Highlands, Hotel Jasmine merupakan hotel murah di Cameron Highlands yang cukup popular untuk para pengunjung. Yang penting, pada kadar bilik yang murah di sekitar RM100, Hotel Jasmine menyediakan Wi-Fi PERCUMA di semua 72 bilik-biliknya.
2-HOTEL SNOOZE TOO

Hotel Snooze Too merupakan hotel bajet yang serba moden di Brinchang Square, Brinchang, Cameron Highlands. Walaupun nampak simple, bilik biliknya sesuai untuk penginapan sekeluarga kerana dilengkapi katil-katil besar disamping televisyen LED dan sofa ala bean-bag. Atas sebab itu, banyak yang suka membawa anak-anak bersama untuk menginap di sini.
3-TJ LODGE

Terletak di Persiaran Camelia 3, Bandar Baru Juta Villa, Tanah Rata, Cameron Highlands, TJ Lodge merupakan salah satu hotel yang paling murah di Cameron Highlands. TJ Lodge sesuai bagi mereka yang ingin menziarahi pekan Tanah Rata, Cameron Bharat Plantation dan Hospital Tanah Rata. Walaupun sewa biliknya cukup murah, TJ Lodge menyediakan WiFi percuma di semua bilik tetamu dan ruang lobi hotel. Terdapat banyak restoran di sekitar TJ Lodge. Jadi, hotel ini amat sesuai bagi mereka yang jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands. Di hari minggu pula, anda dapat mengunjungi pasar minggu yang ada di sekitar hotel ini.
4-SAM JADE GUEST HOUSE

Hotel ala guest house ini terletak di Jalan Pecah Batu, Brinchang, Cameron Highlands. Persekitarannya yang sunyi tetapi dekat dengan pekan menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang impikan suasana yang tenteram semasa bercuti. Hotel berbintang satu setengah ini menyediakan ruang bilik yang besar untuk keselesaan anda. Pada waktu malam pula, anda boleh bersantai sambil berbual-bual dengan keluarga dan sahabat handai di kawasan bumbung terbuka sambil menghayati gemerlapan bintang di langit. Sam Jade guest house merupakan antara hotel murah yang paling popular di Cameron Highlands. Tempah bilik di hotel ini seawal mungkin terutamanya di musim cuti sekolah.