Tanah Tinggi Cameron Highland adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana di sekitar di Cameron Highland yang sejuk dan dikelilingi oleh kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula , pengunjung akan dapat menghirup udara segar di pagi hari dengan berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung hilang akan semua masalah kerja.
Cameron Highland merupakan destinasi popular setiap kali tibanya cuti persekolahan dan cuti umum. Hal ini kerana terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Di sini , saya sertakan peta perjalanan untuk ke Cameron Highland yang terletak di negeri Pahang.
Terdapat tiga jalan utama untuk ke Cameron Highland.Bergantung kepada lokasi anda , berikut adalah pilihan laluan perjalanan untuk ke pusat peranginan tersebut.
1.Dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) keluar di Plaza Tol Tapah . Perjalanan ke Cameron Highland akan melalui perkampungan orang aslidi Kampung Woh , Kampung Pahang , Ringlet dan tiba di Tanah Rata Cameron Highland.
2.Dari Ipoh melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) keluar di Plaza Tol Simpan Pulai. Perjalanan ke Cameron Highland akan melalui Kampung Raja , Kampung Kuala Terla , Tringkap dan ke Brinchang, Cameron Highland.
3. Dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia , anda boleh melalui Kelantan dan terus ke Gua Musang. Dari Gua Musang , anda takan terus ke Pulai ,Poring ,Kampung Kuala Terla, Tringkap dan Brinchang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan